Wednesday, March 7, 2012

Puding Agar-Agar Roti

 Ni untuk jamuan kat opis ritu...



AGAR-AGAR ROTI
·    10 gram agar-agar bertali
·    3 biji telur
·    1 tin susu cair
·    1 cawan full cream milk
·    4 keping roti
·    3 sudu besar gula + 2 sudu besar susu pekat/sejat (ikut selera individu)
·    Serbuk chocolate/koko
·    Pewarna merah
·    Sedikit esen vanila
Cara-cara
1.    Masak agar-agar dgn air (3 cwn air). Kacau sebati dan mendidih.
2.    Dgn menggunakan blender, kisar roti (carik-carik roti) dgn telur,susu cair, gula, susu pekat/sejat dan full cream milk hingga sebati.
3.    Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
4.    Masukkan esen vanila
5.    Drpd adunan td, asingkan 1/2 cawan berasingan adunan dan dicampurkan dgn pewarna merah
6.    1 adunan lg dgn perasa chocolate/koko (kalau guna serbuk koko/coklat bancuh dulu sikit ngn air panas).
6.    1 adunan warna plain (lebihkan yang warna plain)
7.    Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang. (warna plain & coklat dulu)
8.     Tuang adunan merah dengan sudu dengan membentuk bulatan, kemudian ambil lidi atau ape2 yg sesuai untuk di lorekkan atas lapisan aduanan yg warna merah tu.
8.    Biar sejuk and masuk dalam peti.

Untuk Kuah Puding
·    1 tin (400 g) susu cair/sejat
·    3 biji telur – diambil kuning sahaja
·    Daun pandan – disimpul
·    Air sebanyak ½ tin susu
·    1-2 cawan gula (ikut rasa)
·    Esen vanila
Kuah Puding
·    Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
·    Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

No comments:

Post a Comment